Tuesday 10 January 2012

Promosi Surah Cinta




















Antologi sajak, certot (cerita kontot), cerpentot (cerpen kontot) dan drama sebabak bertunjang cinta. Zine ini mengandungi lebih kurang 50+ isi kandungan antologi yang semuanya berkaitan tentang cinta tidak kira apa jenis cinta sekalipun.

Anatara penyumbang dalam antologi ini ialah penulis 3 Kuntum (Dib Jualkata, Para Jamaludin dan Nisha Ismail) yang dikenali di Frinjan dan Maskara, Azmi ali (Mot), Farah, Iela Manis dan Ash.

Antologi ini mengupas pelbagai jenis dan cerita cinta dalam bentuk sajak dan lain-lain.

Sara Cinta Melankoli merupakan kisah suka duka seorang isteri yang tak diterima.
"Sara tidak berkahwin dengan Nick kerana dialah lelaki yang  sempurna. Jauh sekali kerana Cinta. Sara berkahwin dengan Nick kerana dia telah berjanji. Berjanji untuk menjaganya, menyayanyinya dan mencintainya sepenuh hati. Selamanya."

Antologi Masa merupakan certot cinta urban masakini.
“Alah, bukan susah nak cari sundal. Kau kasi minum sikit, beli baju cantik-cantik lepas tu layan kena baekk punya. Pandai la umpan. Bila dah dapat, sampai bila kau ‘nak’ pun, takde hal punya..”

Vice Versa, cerot mengisahkan cinta lawyer. Apa kau ingat lawyer tak pandai bercinta?
“Come on la Syafiq. Kalau you tak bagi i menang, i pun tak boleh nak lawan you, the best syariah lawyer in town”. Ziela tersenyum membalas gurauan Syafiq."


Tet!Tet!Tet! merupakan kisah cinta lurus bendul
"Tet!Tet!Tet! Amaran bunyi sms masuk dari telefon Jaki yang baru dibelinya semalam. Telefon canggih itu dibelinya setelah dua bulan menyimpan dalam tabung ayam pemberian Makcik Salmah ketika dia mula-mula mahu berhijrah ke kota dulu."

dan pelbagai jenis kisah lagi

----------------------------

Dapatkan SURAH CINTA - Sebuah zine antologi Azmi Ali (Mot) dan rakan-rakan

1.Masukkan RM10 (Harga ini termasuk untuk harga pos dan e-buku) ke akaun berikut :
   Nama: Azmi bin Ali
   No akaun : 155032314112 (maybank)

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (rumahcherita at gmail dot com)

3. Sila nyatakan alamat dan no telefon

4. Penghantaran akan dibuat seminggu sekali.

Terima kasih...

Sunday 8 January 2012

Akhirnya...Surah Cinta Menemui Anda

Akhirnya menemui anda sebab dah malas nak peram lama-lama.
Hanya terbit dalam bentuk E-Buku sahaja.

Hanya RM6.00

untuk pembelian, sila email ke rumahcherita at gmail dot com
atau hubungi terus Azmi 016 2377 535


* Edisi cetakan akan menyusul nanti mengikut permintaan

Bayaran boleh dibuat melalui
MAYBANK
AZMI ALI
155032314112

Tuesday 15 March 2011

Surah Cinta - antologi bakal muncul

 Surah Cinta - zine antologi bakal muncul April ini.

Antologi yang bakal meruntun jiwa, menagih rasa mat dan minah jiwang karat semua. Dari cinta biasa hinggalah cinta tahap leleh. Gerenti tak rugi.

Tunggu kemunculannya!!!

Selamat Datang

Selamat datang ke Rumah Cherita. Kami hanya beberapa insan kecil yang punya jiwa besar untuk melakukan sesuatu yang kami suka. Kami tak peduli apa orang lain nak kata sebab kami tak mintak punduit dorang nak makan rojak dengan cendol. Kami cuma mintak duit anda untuk beli dan sokong karya-karya kami. Cewahh :)

Kalau best bagitau rakan-rakan. Kalau tak best beli je la tanda kesian!